INDEPENDANT DISTRIBUTOR

INDEPENDANT DISTRIBUTOR

Kenali saya

Kenali saya
Saya Puan Nur, wakil Shaklee anda tak kira dimana anda berada, Sg Buloh, Selangor, Gombak, Nilai, Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Hubungi saya melalui whatsapp 0193208744 atas sms 013-3417873 utk sebarang pertanyaan atau mesej saya di blog saya ini atau difacebook saya.

VISITORS

.

.

.

.

.

.

CARA ORDER

CARA ORDER

Tuesday, June 17, 2014

PRODUCT APA NI TAK KURUS PUN!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

‘’Product kurus apa ni, saya makan tak kurus kurus pun’’

Keluhan di atas sering kita dengar, sampai ada yang hopeless nak turunkan berat lagi, tambah ada yang terus sambung tabiat asal yang membuatkan berat badan makin bertambah-tambah. Ada  juga yang berjaya turun namun terus mengabaikan cara hidup sihat dan bergantung 100% kepada produk slimming diet tanpa berusaha mengekalkan berat badan ideal. 
psst ; cer calculate BMI anda dlu ye, ideal tak berat anda dan ketinggian kalu anda tergolong dalam kumpulan obes dan bermacam2 ikhtiar namun masih gagal, mungkin sedikit bacaan di bawah dapat membantu.
Antara faktor yang mempengaruhi berat badan individu tersebut adalah ;

  • KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes.
  • JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
  • UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
  • JENIS BENTUK BADAN - Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme.



Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.

Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.

 
  • JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.
  • JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan. 
  • TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
  • TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif. JANGAN MAKAN LEWAT MALAM
  • TEORI SET POINT -  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru. 




Tips lain utk kurangkan berat badan dengan cepat
1. Ambil makanan ringan dengan bijak

Makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yg dalam usaha menguruskan badan. Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik "mengorbankan" diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tak makan langsung atau makan makanan ringan yg langsung tidak seimbang.

Sebaik baik snek pada tengah malam bila perut berkeroncong adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang diatas sekeping buah buahan ataupun semangkuk kacang edamame.




2. Jauhkan diri dari godaan elektronik

Tahukan anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yg lebih  biasa dari biasa. Jadi sebaik baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.



3. Timbang berat setiap hari

Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda.



4. Senaman regangan 3 kali seminggu

Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang kurangnya selama 5 mint selang 30saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.



5. Sibukkan diri sendiri

Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti nak makan sesuatu. Nak mengunyah jer mulut takleh nak duduk diam dagu hahaha. Setiap kali "dagu bergoyang" atau "nak mengunyah", pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti cari orang utk berbual. Kebiasaannya keinginan nak mengunyah ni hanya 5 min sahaja. Lepas tu akan hilang. Jadi gunakan masa 5 minit tu utk pot pet ngan someone hehehe.


6. Makan sarapan dalam kuantiti yg banyak

Bak kata orang putih "breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar".
Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yg penuh karbohidrat dan protein yg boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewatu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda.


7. Makan buah setiap hari

Buah buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang didalam perut anda kerana buah buahan baik utk proses pelawasan.

Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yg  baik utk badan.


8. Tidur dengan cukup

Menurut kajian, tidur 30minit lebih awal dan bangun 30minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yg betul. Tapi jangan lah sampai lewat bangun Subuh yer, mahal rezeki tau. Disamping itu apabila anda mendapat rehat yg cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan


9. Bayangkan diri kurus

Apabila anda rasa down atau semangat hilang, bayangkan diri anda kurus dan langsing. Motivasi secara visual dapat membantu anda supaya fokus dengan matlamat utk kurus.



Checklist kenapa berat tak turun turun:
  • Minum air 3 liter sehari tak?
  • Kawal tak pemakanan dan kurangkan pengambilan makanan yg terlampau berat?
  • Kurangkan makan malam yg berat?
  • Makan product dengan KONSISTEN dan ikut jadual yg ditetapkan tak? 
  • Ada bersenam tak?

Kalau checklist diatas semua ok, jangan putus asa, teruskan pengambilan konsisten anda. Ada orang dia turun berat badan dulu, baru badan shape up, ada pulak yg badan shape up dulu, berat turun kemudian. Jadi semuanya bergantung pada individu.

Diharap entry saya kali ini dapat menolong anda utk mengetahui mana silapnya dalam program kuruskan badan anda itu.

Bagi anda yg ingin tau pasal Set Kurus Shaklee. Berikut adalah Set Budget dari Shaklee


Set Budget Kurus
  • Terdiri dari Alfalfa + Lecithin
  • Tahan 1-2mths
  • Harga Pasaran RM105.25







Terdapat beberapa lagi Set kurus dari Shaklee yg akan saya senaraikan di entry saya akan datang.




NAK HARGA SHAKLEE MURAH, JADI AHLI DAN KELEBIHAN


BACA JANGAN SALAH PILIH TEAM SHAKLEE


KLIK SINI UTK BACA KENAPA LEBIH CERDIK JADI MEMBER




KLIK SINI UTK BACA KELEBIHAN JADI AHLI






Kalau anda 


  • inginkan konsultasi tentang barangan yg sesuai utk masalah anda
  • inginkan konsultasi tentang barangan yg sesuai utk budget anda
  • nak jadi member dan enjoy benefit hanya utk member 

Boleh contact saya Puan Nur










* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




 

No comments:

Post a Comment

SIJIL HALAL SHAKLEE

SIJIL HALAL SHAKLEE

Popular Posts

.

.

.

MONTHLY PROMO

MONTHLY PROMO
Promosi. Buy ANY product, free membership.

TESTIMONI PRODUCT

Blog Archive

 
DESIGNED BY ONLINEBIZ-FR