بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
PUNCA GAGAL HAMIL
Di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. Antara faktor penyebabnya ialah:
Usia wanita tersebut
-----------------------
Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.
Usia dan tahap kesihatan pasangan
----------------------------------------
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.
Gaya hidup
------------
Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.
Stres yang melampau
-------------------------
Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.
Pakaian
---------
Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.
Masalah hormon
-------------------
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Bilangan sperma yang rendah
----------------------------------
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
Pengambilan kafein
----------------------
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Refer link berikut utk dapatkan Set Subur Shaklee. Pelbagai set bergantung pada budget anda.
http://family-sihat-family-bahagia.blogspot.com/search/label/Set%20Subur
Nak konsultasi tentang harga yg bersesuaian dengan budget anda?
- Shaklee Id : 1083408
- whatsapp (only) 019-3208744
- sms 013-3417873
- email mommy_shaklee@outlook.com
- add saya di Fb: keluargasihatcantik
- LIKE page saya: familysihatfamilybahagia
NAK HARGA SHAKLEE MURAH, JADI AHLI DAN KELEBIHAN
Prevention is better than cure
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah anda:
✔ Surirumah yang nak pendapatan sendiri
✔ Students dan nak cari duit poket (18thn keatas)
✔ Surirumah yang nak pendapatan sendiri
✔ Students dan nak cari duit poket (18thn keatas)
✔ Kerja tapi nak tambah pendapatan
✔ Kerja tapi boring dan nak cari side business
✔ Nak cari kerja yg anda kerja ikut sukahati anda waktunya?
BUSINESS SHAKLEE ADALAH UTK ANDA !!
BUSINESS SHAKLEE ADALAH UTK ANDA !!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment