بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kejap hujan, kejap panas, ramai anak-anak mengalami demam. Ada yang demam berhari-hari, tak baik-baik juga. Ada yang ambil masa lama nak baik dari demam. Macam-macam cara ibu-ibu nak pastikan anak baik dari demam.
Memang risau anak demam lama-lama. Macam-macam penyakit berjangkit ada sekarang, anak-anak memang mudah kena demam terutama bila terdedah di luar dan di taska yang ada anak lain yang demam.
Huhu. Risaunya.
Jom semak 6 tips berguna untuk anak cepat baik dari demam.
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!
Air sejuk/ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.
Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.
Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.
Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut.
Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak-anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.
5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan.
Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah.
Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Jangan terlalu ikut emosi... Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa.
sumber: http://nurzariff.blogspot.com
Nak anak sentiasa sihat, jarang demam dan batuk/selsema cepat sembuh? Jom Cuba Mealshake dari Shaklee. Ramai ibu-ibu SANGAT BERPUAS HATI dengan Mealshake.. Anak mereka cergas dan jarang demam walaupun tinggal di taska.
Tak percaya?
Jom tengok testimoni-testimoni ini.
Testimoni 1:
Testimoni 2:
Nak konsultasi tentang harga yg bersesuaian dengan budget anda?
Boleh contact saya Puan Nur jika anda inginkan konsultasi berhubungan dengan supplement Shaklee yg bersesuaian utk budget anda.
- Shaklee Id : 1083408
- whatsapp (only) 019-3208744
- sms 013-3417873
- email mommy_shaklee@outlook.com
- add saya di Fb: keluargasihatcantik
- LIKE page saya: familysihatfamilybahagia
NAK HARGA SHAKLEE MURAH, JADI AHLI DAN KELEBIHAN
Prevention is better than cure
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah anda:
✔ Surirumah yang nak pendapatan sendiri
✔ Students dan nak cari duit poket (18thn keatas)
✔ Surirumah yang nak pendapatan sendiri
✔ Students dan nak cari duit poket (18thn keatas)
✔ Kerja tapi nak tambah pendapatan
✔ Kerja tapi boring dan nak cari side business
✔ Nak cari kerja yg anda kerja ikut sukahati anda waktunya?
BUSINESS SHAKLEE ADALAH UTK ANDA !!
BUSINESS SHAKLEE ADALAH UTK ANDA !!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment